PROGRAM PRASEKOLAH TADIKA STARWAY

CARA UNTUK MENGUBAH SIKAP ANAK ANDA DAN MEMBINA ASAS YANG KUKUH UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH

Starway Professional Educare akan membantu anak anak untuk menjadi SEORANG YANG BERDIKARI, BERTANGGUNGJAWAB, GEMARKAN CABARAN, MEMUPUK SIKAP DAN MINDA YANG BETUL, DAN BERSEDIA DARI SEGI AKADEMIK SAMBIL BERSERONOK.

APAKAH MANFAAT YANG BAKAL DITERIMA ANAK ANDA: 

  • Konsep pengajaran dan bahan pembelajaran yang terbukti membolehkan anak anda menjalani program kami dan boleh belajar secara berdikari tanpa menunggu bimbingan daripada ibu bapa atau guru. Kami menggunakan peralatan seperti pengalaman budaya bahasa, kad imbas dan metodologi atau cara imaginasi bergambar serta perhubungan untuk membantu mereka mempelajari bahasa. Ini menghasilkan asas akademik paling kukuh untuk anak anda.


  • Bimbingan Secara Individu 1:1 + Pembelajaran Bertumpu Kumpulan Kecil membolehkan anak anda untuk belajar secara berbeza dan maju dengan lebih pantas. Berdasarkan rentak pembelajaran anak anda, para guru akan menumpukan usaha terhadap cara terbaik, berkesan dan bersesuaian bagi anak anda belajar dan memahami dengan mudah dan cepat. Ini bermaksud anak anda akan mempunyai kefahaman yang lebih baik dan maju dalam pelajaran mengikut kemampuannya sendiri.


  • Kampus Abad ke-21 dengan Budaya Jepun untuk kanak-kanak membolehkan anak anda meluangkan banyak masa di salah satu persekitaran terbaik dan paling ceria sambil belajar cara untuk menjadi seorang yang berdikari, bertanggungjawab, gemarkan cabaran, memupuk sikap dan minda yang betul, dan bersedia dari segi akademik yang akhirnya akan memupuk minda yang betul supaya berjaya pada masa hadapan.


  • Aktiviti STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Dan Matematik) yang menyeronokkan yang membantu anak anda mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi dengan memfokuskan kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam dunia sebenar. Ia meningkatkan kemahiran kerjasama, komunikasi, penyiasatan, penyelesaian masalah, berfikir secara kritis dan kreativiti. Ini bermaksud anak anda akan membangunkan kemahiran berfikir kritis yang tinggi dan menjadi seorang penyelesai masalah yang hebat. Jadi, mereka pasti ada masa hadapan yang lebih cerah.


  • Pusat Pendidikan Berkualiti yang menerima Anugerah (daripada Kementerian Pendidikan), jadi anda harus yakin sepenuhnya dengan pihak pengurusan, operasi, program, persekitaran & sumber kami dan ini juga bermaksud, anda menyerahkan masa hadapan anak anda kepada pihak yang profesional.

APA KATA-KATA MEREKA

Anak saya belajar dengan selesa dan memiliki motivasi kendiri yang sangat tinggi hasil Pendekatan peribadi Starway. Sebelum ini, dia menghadapi kesukaran untuk menguruskan tekanan dan mendengar arahan. Kami menyokong Starway sepenuhnya!


Mrs. Lim

Saya ingin berterima kasih kepada Starway Professional Educare kerana saya amat berpuas hati dengan pengurusan dan kerjasama guru-guru Starway. Saya telah bertemu dengan guru anda untuk memahami perkembangan anak saya, dan saya mendapat penerangan yang sangat jelas. Terima kasih, Starway Professional!

En Shafiq

Rakan saya menghubungi saya untuk bertanya mengenai pendidikan Starway. Beliau merancang untuk menghantar anak perempuannya ke Starway. Saya telah mengirimkan video anak perempuan saya yang sedang belajar kepadanya, dan kini, beliau amat berminat untuk menghantar anak perempuannya ke Starway juga!

Cik Divya

Starway sangat bagus. Semua guru sangat peramah dan cekap dalam memberikan maklum balas kepada kami secara berterusan. Komunikasi seperti ini perlu diteruskan!




Mrs Eng

Enter your text here...

PROGRAM KAMI SESUAI UNTUK

  • Para ibu bapa yang mahu membina asas pembelajaran yang kukuh untuk anak-anak mereka tanpa perlu bimbang akan peringkat sekolah rendah nanti.
  • Para ibu bapa yang percaya bahawa minda dan sikap anak-anak ialah kunci kepada perkembangan anak-anak.
  • Para ibu bapa yang mahukan anak mereka belajar "cara untuk belajar" di samping pengetahuan dan kandungan subjek.
  • Para ibu bapa yang mahukan persekitaran pembelajaran dan pengalaman terbaik untuk anak mereka.
  • Para pelajar yang menghadapi kesukaran pembelajaran atau mempunyai masalah sikap 
  • Para pelajar yang memerlukan perhatian peribadi atau mempunyai tempoh fokus yang pendek.

KISAH KAMI

  • check
    Pemenang Anugerah Kementerian Pendidikan Malaysia
  • check
    Pengalaman > 30 tahun, > 3000 Pelajar
  • check
    Beberapa Cawangan, Kakitangan Pengajar yang terlatih
  • check
    Penggunaan kurikulum, cara pengajaran & teknologi pendidikan bertaraf antarabangsa ciptaan Starway
  • check
    Pelajar mengecam > 1000 perkataan untuk setiap bahasa

Ditubuhkan pada tahun 1993, Kumpulan Starway Professional ialah salah satu institusi pendidikan swasta yang paling berjaya dan mempunyai reputasi baik yang menawarkan program Prasekolah (Tadika), Program Transit, Program Pengayaan Bahasa dan Program Tuisyen yang menggunakan metodologi dan cara pembelajaran yang unik dan terbukti berkesan yang menghasilkan lebih daripada 3000 graduan.

Selama lebih daripada 20 tahun, Lembaga Pendidikan Starway Professional yang berteraskan penyelidikan telah merangkumkan lebih 50 tahun pengalaman, berterusan membangunkan Kurikulum Profesional Starway yang holistik yang disampaikan menerusi Metodologi dan Cara Perkembangan Profesional Starway yang sentiasa dikemas kini. Gabungan aktiviti kokurikulum dan aktiviti berasaskan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), bertunjangkan fokus terhadap pembangunan karakter yang berpandukan nilai-nilai Timur dan Barat yang terbaik, menyediakan budaya dan persekitaran kecemerlangan yang terhebat. Dengan tradisi kecemerlangannya yang kaya, Starway Professional Group menawarkan pengalaman perkembangan yang sangat luar biasa untuk semua, dengan asas yang kukuh dalam Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Malaysia.

Starway Professional Educare berperanan sebagai platform yang menyusun aktiviti untuk diterokai semua dan merangsang kecemerlangan mereka dalam pemikiran, kata-kata dan perbuatan. Ia bertujuan untuk memupuk dan membentuk setiap individu yang menyertai kami, dengan mengenal pasti potensi mereka, memupuk dan mempertingkatkan potensi mereka.

Aktiviti pembangunan perkembangan yang dianjurkan di platform kami adalah berdasarkan KURIKULUM TERBAIK, METODOLOGI DAN CARA PERKEMBANGAN TERBAIK dan BUDAYA DAN PERSEKITARAN TERBAIK. Sejak permulaan, aneka jenis aktiviti dan acara telah dijalankan di Starway Professional Educare, membina pemimpin, pemikir yang kreatif, penyumbang yang berkeyakinan dan berkesan, pelajar sepanjang hayat yang boleh menyesuaikan diri, berdikari, individu yang bertanggungjawab dan berdisiplin, dan juga individu yang sihat, aktif dan cergas secara fizikal.


PASUKAN PEMIMPIN KAMI YANG BERPENGALAMAN

Kunci utama untuk mendidik dan memimpin para pelajar ialah keseimbangan kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, pengetahuan teknikal, kreativiti dan strategi pembelajaran. Ia memerlukan individu yang penyabar, penyayang, bersemangat, bertanggungjawab, bermotivasi tinggi dan boleh dipercayai untuk mendidik dan memimpin secara berkesan. Inilah jenis individu yang bakal mendidik dan memimpin anak di STARWAY PROFESSIONAL EDUCARE.

Kami mempunyai Pemimpin daripada pelbagai latar belakang untuk membekalkan pengalaman pembelajaran terbaik untuk anak anda. Bagi memastikan kualiti pendidikan dan kepimpinan yang diberikan di setiap pusat kami, STARWAY PROFESSIONAL EDUCARE menganjurkan beberapa sesi latihan yang komprehensif dalam pusat untuk melengkapkan kesemua Pemimpin kami dengan kemahiran terkini, sumber dan metodologi dan cara pendidikan yang terbaru. Kami memilih ahli pasukan Pemimpin kami secara teliti dan hanya mereka yang berjaya menamatkan latihan kami akan dibenarkan untuk berkhidmat dan membangunkan semua anak-anak kami.

PROGRAM PRASEKOLAH TADIKA STARWAY

(2+ hingga 6 tahun) 

  • Starway Morning Programmes
  • Starway Care Programmes
  • Starway Enrichment Programmes

PEMBELAJARAN SEPINTAS LALU

LOKASI CAWANGAN

  • Petaling Jaya SS1 
    (tengah-tengah Petaling Jaya)

  • Kepong, Bandar Sri Menjalara 
    (Plaza Menjalara, sederet dengan Seri Stamford College)

  • Jalan Ipoh 
    (berdekatan dengan SJK(C) Mun Choong)

  • Bandar Puteri Puchong 
    (sederet dengan Hong Leong Bank, Sushi Mentai)

  • Puchong Jaya Kenari 
    (Jalan Kenari, berdekatan Balai Polis Puchong Jaya)

  • Cheras Alam Damai 
    (belakang OCBC Bank Cheras)

  • Bandar Mahkota Cheras 
    (sederet dengan RHB Bank Bandar Mahkota Cheras)

  • Setia Alam 
    (belakang Shell Setia Alam)

  • Klang, Bandar Bukit Tinggi 1 
    (sederet dengan Nasi Kandar Pelita, Ninjaz, 7-11)

  • Kuantan
    (StarCity, bertentangan Nirwana Hypermarket baru, di belakang Mighty Gym)
  • Kuala Terengganu
    (bertentangan Secret Recipe Tanjung, di belakang 7-11)
  • Kelana Jaya SS7 
    (Zenith Corporate Park)

  • Kepong, Jalan Besar Kepong 
    (tepi SJK(C) Kepong 1 & SJK(C) Kepong 2)

  • Sri Petaling
    (Jalan Radin Bagus, Bandar Baru Sri Petaling)

Kini, kami menawarkan 4 Kelas Pembelajaran secara PERCUMA!

Tawaran terhad ini akan tamat dalam masa..

00
Hari
02
Jam
00
Minit
00
Saat

Untuk pengalaman terbaik bagi anak anda, sila daftarkan minat anda di bawah untuk MENGETAHUI LEBIH LANJUT tentang kami.


*Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

We respect your email privacy

Tempat adalah terhad.

Keutamaan diberikan kepada mereka yang mendaftar terlebih dahulu.

© Copyright Starway Professional 2019